Buat masa kini Malaysia telah membuat pengumuman rasmi tentang pembelian aset pertahanan terbaru antaranya helikopter EC 735 dan kenderaan perisai 8x8 dari Turki. Namun terdengar pembelian rahsia dari kerajaan Malaysia yang membuat jiran tertangga seperti Singapura. Pembelian satu senjata seperti radar untuk mengesan pesawat STEALTH dari Repbulik Czech, Sistem Meriam Ceasar dan Sistem Peluru Ke Udara Jarak Jauh Iskander. Kesahihan belum pasti lagi, tetapi negara jiran telah membuat pengumuman pembelian luar biasa seperti negara Thailand, Vietnam, Singapura dan Indonesia. Ketara adalah Singapura apabila membeli pesawat tempur F35 Joint Strike Fighter dari US. Pesawat Stealh dengan kebolehan tinggi untuk memasuki kawaasan musuh tanpa dikesan adalah kelebihan pesawat ini. Negara seperti Malaysia mesti tercabar dan pembelian rahsia adalah penting untuk memastikan Pertahanan Malaysia adalah rahsia. Namun media dan blogger mesti dapat mencari maklumat dari orang dalam.Bagi pandangan saya, perbelanjaan pertahanan Malaysia adalah kecil dibandingkan negara ASEAN yang lain. Ketika ini gugusan Pulau Spratly makin panas China telah mengarahkan tentera laut menghampiri pulau tersebut.
Malaysia perlu kepakaran, persenjataan dan teknologi terkini untuk menangkis serangan anasir luar. Buat masa ini kedengaran ketidak kemampuan Kerajaan Malaysia untuk membaik pulih peralatan. Namun atas inisiatif kerajaan, beberapa Syarikat telah melakukan kerjasama dengan firma pertahanan asing untuk membaik pulih dan upgrade sistem yang ada dengan yang lebik baik dan teknologi terkini.
Pembelian akan datang juga dikatakan menarik seperti pesawat AWACS, helikopter tempur Eurocopter Tiger, konvert Gowind, frigat 2000 bacth II dan Eurofighter Typhoon. Selain penambahan sedia ada seperti kerata kebal PT 91M ( penambahan 2 rejimen 96unit), Astross II (penambahan roket taktikal jarak sederhana). Yang penting pembanguan sumber manusia seperti gaji, perumahan dan kesihatan tentera dan family.
Battallion Infantri Standard, adalah satu usaha ATM untuk memastikan bilangan tentera berkurangan namun kuasa tembak bertambah. Selain itu kemahiran perang di kawasan urban dan perang secara gerila dipertingkakan. Selain setiap anggota diberi kebenaran untuk melanjutkan pelajaran dengan penubuhan Universiti Pertahahan Nasional Malaysia.
Namun, Malaysia dengan Singapura seperti berlakunya Perang Dingin. Malaysia telah menempatkan sebuah Kem Pasukan Khas di Gemas, Pangkalan Tentera Laut di Tanjung Pengelih dan Sistem Pertahan Udara di Kluang untuk memastikan kesiagaan Malaysia jika berlaku konflik. Apapun tidak perlu gusar dengan keupayaan ATM kerana mereka semakin kehadapan dan dapat menyesuaikan diri dengan apa jenis benuk peperangan.
**** Asia Tenggara diambang Peperangan. Tapi kita didalam negara peperangan sesama sendiri membuat musuh senyum gumbira...


No comments:
Post a Comment