Friday, 16 November 2012


Salam Maal Hijrah...

Hmmm..saya mahu memperkatakan tentang kebangkitan rakyat Syria menentang Rejim Barshad Al Asad. Beberapa kemusykilan bermain  difikiran saya. Bagaimana tentera pemberontak memiliki senjata dan pelbagai peralatan lain. Ada satu gambar yang saya lihat di akhbar, seorang pejuang pemberontak mendukung anak sambil memegang senjata M4A1 hybrid keluaran US. Bagaimana mereka dapat senjata ini. Takkan beli Kt US. Mesti ada campur tangan CIA dalam peperangan ini. Seperti perang Rusia dan Mujahidin Afganistan. Ia memang tidak dapat disangkal lagi, sememangnya pemberontak Syria dibiayai oleh US melalui CIA. Ketika perang di Afghanistan tahun 80an, kita dapat lihat senjata seperti mortar berkuasa tinggi dan juga Stinger (Portable SAM Manpads) digunakan secara meluas menunjukan US membantu pihak Mujahidin bagi menentang Rusia.

Apa tujuannya, pastinya mahu sebuah kerajaan yang patuh dengan telunjuk US seperti berlakunya di Afganistan dan Iraq. Misi mereka sudah berjaya tambah pula di Libya. Namun mereka goyang apabila Ikhawanul Muslimin memimpin Mesir. Dengan bantuan Israel rantau timur tengah atau Asia Barat menjadi kacau bilau. Iraq, Palestin, Libya, Lubnan, Syria dan Mesir masih bergolak. Negara yang aman permai akhirnya berterusan bergolak. Keadaan lebih buruk, kanak-kanak, orang tua dan wanita yang lemah menjadi korban.

Apapun kita juga diambang seperti apa yang terjadi di timur tengah. Mereka hanya mahu memegang kuasa dengan alasan ingin menegakkan syiar Islam. Namun mereka sendiri gagal melaksanakannya dan hanya mampu mengunakan kata-kata hina dan kesat untuk membuakan rasa benci kepada kerajaan. Keamanan yang kita kecapi meungkin akan berakhir. Namun kita sesama Islam sesama bangsa Melayu patut bersama menentang apa jua anasir di dalam rumah kita sendiri.

Akhir kata, Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam dan hayati hijrah Rasullah SAW


"""""Save Gaza and Al Aqsa

Sunday, 21 October 2012

Perbelanjaan Pertahanan Malaysia

Buat masa kini Malaysia telah membuat pengumuman rasmi tentang pembelian aset pertahanan terbaru antaranya helikopter EC 735 dan kenderaan perisai 8x8 dari Turki. Namun terdengar pembelian rahsia dari kerajaan Malaysia yang membuat jiran tertangga seperti Singapura. Pembelian satu senjata seperti radar untuk mengesan pesawat STEALTH dari Repbulik Czech, Sistem Meriam Ceasar dan Sistem Peluru Ke Udara Jarak Jauh Iskander. Kesahihan belum pasti lagi, tetapi negara jiran telah membuat pengumuman pembelian luar biasa seperti negara Thailand, Vietnam, Singapura dan Indonesia. Ketara adalah Singapura apabila membeli pesawat tempur F35 Joint Strike Fighter dari US. Pesawat Stealh dengan kebolehan tinggi untuk memasuki kawaasan musuh tanpa dikesan adalah kelebihan pesawat ini. Negara seperti Malaysia mesti tercabar dan pembelian rahsia adalah penting untuk memastikan Pertahanan Malaysia adalah rahsia. Namun media dan blogger mesti dapat mencari maklumat dari orang dalam.Bagi pandangan saya, perbelanjaan pertahanan Malaysia adalah kecil dibandingkan negara ASEAN yang lain. Ketika ini gugusan Pulau Spratly makin panas China telah mengarahkan tentera laut menghampiri pulau tersebut.

Malaysia perlu kepakaran, persenjataan dan teknologi terkini untuk menangkis serangan anasir luar. Buat masa ini kedengaran ketidak kemampuan Kerajaan Malaysia untuk membaik pulih peralatan. Namun atas inisiatif kerajaan, beberapa Syarikat telah melakukan kerjasama dengan firma pertahanan asing untuk membaik pulih dan upgrade sistem yang ada dengan yang lebik baik dan teknologi terkini.

Pembelian akan datang juga dikatakan menarik seperti pesawat AWACS, helikopter tempur Eurocopter Tiger, konvert Gowind, frigat 2000 bacth II dan Eurofighter Typhoon. Selain penambahan sedia ada seperti kerata kebal PT 91M ( penambahan 2 rejimen 96unit), Astross II (penambahan roket taktikal jarak sederhana). Yang penting pembanguan sumber manusia seperti gaji, perumahan dan kesihatan tentera dan family.

Battallion Infantri Standard, adalah satu usaha ATM untuk memastikan bilangan tentera berkurangan namun kuasa tembak bertambah. Selain itu kemahiran perang di kawasan urban dan perang secara gerila dipertingkakan. Selain setiap anggota diberi kebenaran untuk melanjutkan pelajaran dengan penubuhan Universiti Pertahahan Nasional Malaysia.

Namun, Malaysia dengan Singapura seperti berlakunya Perang Dingin. Malaysia telah menempatkan sebuah Kem Pasukan Khas di Gemas, Pangkalan Tentera Laut di Tanjung Pengelih dan Sistem Pertahan Udara di Kluang untuk memastikan kesiagaan Malaysia jika berlaku konflik. Apapun tidak perlu gusar dengan keupayaan ATM kerana mereka semakin kehadapan dan dapat menyesuaikan diri dengan apa jenis benuk peperangan.


**** Asia Tenggara diambang Peperangan. Tapi kita didalam negara peperangan sesama sendiri membuat musuh senyum gumbira...

Thursday, 18 October 2012

Empayar Melayu Melaka setanding Empayar lain ketika itu???

Sejarah Melayu Melaka bermula apabila Parameswara seorang putera dari sumatera lari akibat negerinya ditawan musuh. Melaka mulanya hanyalah sebuah kampung nelayan yang kecil dan ketika Parameswara bertapak dan membuka kerajaan, Melaka hanyalah pelabuhan kecil. Di sebabkan di tengah laluan perdagangan ketika itu, pelabuhan ini menjadi besar selang beberapa tahun. Melaka bertambah makmur dan kaya ketika pemerintahan 4 sultan iaitu Sultan Mansur Syah, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Aluaddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud.

Melaka jatuh ditangan Portugis (Portugal) pada 1511. Namun ada misteri dan cerita tidak diberitahu, Ada yang kata Hang Tuah tak wujud. Di katakan Hang Tuah pernah menuntut ilmu senjata api melalui pelawaan Sultan Empayar Islam Turki Uthmaniyah. Dikatakan senjata seperti senapang, meriam dan pelbagai lagi telah dihadiahkan dan dibeli oleh kerajaan Melaka.

Kejatuhan Melaka disebabkan oleh Ketamakan , gila perempuan dan perebutan kuasa. Golongan India Muslim telah menguasai pentadbiran Kerajaan Melaka menyebabkan orang Melayu bersengkongkol dengan Portugis dari dalam kerajaan. Ada yang cakap apa yang diceritakan dan ditulis di buku teks sekolah adalah tidah benar. Mesti kita bayangkan Melaka seperti kampung nelayan biasa sahaja ada jeti kecil. Tapi kenapa barat kata Melaka is East of Venice.

Dikatakan Angkatan Laut Melaka telah belot, berpuluh kapal perang lengkap dengan senjata api dan meriam menyerang KOTA MELAKA. Kota Melaka???...bermakna Melaka ketika dahulu adalah Kota yang besar. Dikatakan Melaka memiliki berpuluh ribu pucuk senapang dan beribu pucuk meriam namun sebahagian dijumpai oleh portugis.

Namun ia terus menjadi misteri sehingga sekarang tak tau la. Ada kata dekat perairan Melaka ada harta Kerajaan Melaka yang dicampakan oleh Tentera Melaka. Kehebatan Melayu terus tenggelam dan segala yang pernah ditulis oleh orang Melayu dahulu dikatakan berada di sebuah Muzium di London. Kepastian tak tau la tu yang aku dengar. Kita sudah makin maju mesti orang lagi pandai seiring dengan kemajuan kita sekarang.



***aku minat giler sejarah hehe


Isu Air Selangor

             Semalam rumah sewa aku, air kena potong pulak dengan syabas. Dah cabut meter baru bagitau. Padahal cuma RM69.15 jer yang tetunggak. Hmm...Dato' Seri Rozali gaji Dah RM 400,000 sebulan tak kan la tak cukup nak sara bini empat orang. Kerajaan Selangor biasa la mesti salahkan Kerajaan Persekutuan sebab Syabas kroni BN. Aduyai Air bawah bidang kuasa negeri daa. Ada gak aku dengar lepas air percuma habis, tarif air lagi tinggi. tapi aku memang terasa gak ar.
         
           Kerajaan Selangor tak akan setuju untuk meluluskan projek langat 2 sebab tak ada kepentingan untuk PR. BN akan dapat nama sebab menyelesaikan masalah air di Lembah Kelang. Lagi-lagi pilihan raya semakin hampir, janji dan manifesto PR di Selangor hanya tinggal janji. Siapa yang susah, dah tentu pemangkah PR. Mesti menyesal giler.

           Bukan nak menyokong BN tapi kerajaan PR macam nak memerintah satu season je (4tahun). Kalau betul nak jaga rakyat, tunaikan la janji-janji manismu pada 2008. BN pun sama patut guna kelebihan yang ada untuk kepentingan rakyat bukan untuk diri sendiri. Punca kejatuahan BN memang disebabkan kepentingan diri sendiri. Sebelum pilihanraya, abis semua elaun pendidikan dipotong dan tidak ditambah. Ketika itu yang menyebabkan kebangkitan mengejutkan pembangkang hingga kubu kuat BN tumbang.

          Patut benda macam nie kena profesional la. tak kan nak jadi macam Greece, Mesir, Tunisia, Yaman dan Syria. Apapun, undi anda adalah penentu masa depan...

Wasalam

***maaf bahasa agak kurang baik hehe
Akhirnya bermulalah tangan ini menulis hehe jam 1250 pagi di lokasi rahsia....