Friday, 16 November 2012


Salam Maal Hijrah...

Hmmm..saya mahu memperkatakan tentang kebangkitan rakyat Syria menentang Rejim Barshad Al Asad. Beberapa kemusykilan bermain  difikiran saya. Bagaimana tentera pemberontak memiliki senjata dan pelbagai peralatan lain. Ada satu gambar yang saya lihat di akhbar, seorang pejuang pemberontak mendukung anak sambil memegang senjata M4A1 hybrid keluaran US. Bagaimana mereka dapat senjata ini. Takkan beli Kt US. Mesti ada campur tangan CIA dalam peperangan ini. Seperti perang Rusia dan Mujahidin Afganistan. Ia memang tidak dapat disangkal lagi, sememangnya pemberontak Syria dibiayai oleh US melalui CIA. Ketika perang di Afghanistan tahun 80an, kita dapat lihat senjata seperti mortar berkuasa tinggi dan juga Stinger (Portable SAM Manpads) digunakan secara meluas menunjukan US membantu pihak Mujahidin bagi menentang Rusia.

Apa tujuannya, pastinya mahu sebuah kerajaan yang patuh dengan telunjuk US seperti berlakunya di Afganistan dan Iraq. Misi mereka sudah berjaya tambah pula di Libya. Namun mereka goyang apabila Ikhawanul Muslimin memimpin Mesir. Dengan bantuan Israel rantau timur tengah atau Asia Barat menjadi kacau bilau. Iraq, Palestin, Libya, Lubnan, Syria dan Mesir masih bergolak. Negara yang aman permai akhirnya berterusan bergolak. Keadaan lebih buruk, kanak-kanak, orang tua dan wanita yang lemah menjadi korban.

Apapun kita juga diambang seperti apa yang terjadi di timur tengah. Mereka hanya mahu memegang kuasa dengan alasan ingin menegakkan syiar Islam. Namun mereka sendiri gagal melaksanakannya dan hanya mampu mengunakan kata-kata hina dan kesat untuk membuakan rasa benci kepada kerajaan. Keamanan yang kita kecapi meungkin akan berakhir. Namun kita sesama Islam sesama bangsa Melayu patut bersama menentang apa jua anasir di dalam rumah kita sendiri.

Akhir kata, Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam dan hayati hijrah Rasullah SAW


"""""Save Gaza and Al Aqsa